Awas!! 5 Sebab Gagal

4 Aug
1. “Saya tidak akan percaya pada lelaki lagi”
jangan terlalu mudah untuk berkata seperti di atas. kalau korang da cakap cam2, berkemungkinan korang xkan jumpa mana-mana lelaki lagi walaupun sebenarnya di depan mata korang da ada penggantinya..

Cara Mengatasi :-
menangis sepuas-puasnya sampai korang lega. (biasanye untuk org yang putus cinta)
elakkan dengar lagu sedih atau cinta atau perkara yang korang lh ingat kat dia..
berusaha membina kepercayaan diri. daripada korang cakap “saya xmahu bercinta lagi”, baik korang cakap “saya cantik dan banyak kelebihan kenapa perlu bersedih hanya kerana putus cinta. ramai lagi yang boleh dicari sebagai pengganti.” dengan kata-kata semangat ni,korang lebih yakin untuk terus melangkah. 

2. “Saya memang bodoh”
setiap orang pasti akan melakukan kesalahan. tetapi janganlah sampai korang g melutut mintak maaf cakap “saya tahu saya salah..saya mmg bodoh”. dengan kata-kata cam2, orang akan menganggap korang bodoh dan korang akan mendapat kurang kepercayaan daripada orang lain. 

Cara mengatasi :-
walau korang dalam stress sekalipun,try kawal diri 2 sebelum meminta maaf kat orang lain..kata-kata itu menggambarkan diri kita..mcm pepatah kata, ‘terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa’..so, masa mintak maaf, cukup la sekadar “saya mintak maaf atas kesalahan yang saya lakukan. saya berjanji saya tidak akan melakukannya sekali lagi”.

3. “Saya gemuk ya?”
ni la yang selalu orang perempuan selalu cakap. walaupun mmg korang mempunyai fizikal cam2, tapi janganlah selalu cakap..even rakan2 sekeliling pn sampai da boleh hafal pe yang korang akan cakap. lebih meng’annoying’kan kalau korang dok banding saiz korang ngn orang lain..haisshh..

Cara mengatasi :-
sebaiknya, korang bersyukur ngan fizikal yang de.klw btul pn korang gemuk n mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya korang cube kawal makan n berdiet ngn cara yang sihat..bukan sampai xmakan nasik ye..lagi satu xpayah selalu mention “saya gemuk ye?”..takut nanti orang makin bosan n makin menjauhkan diri daripada korang sebab da malas nak layan karenah korang..

4. “Fikir tentang apa ya?”
ni pun selalu berlaku baik ngn pasangan korang atau membe korang sendiri..pantang nampak diorg mengelamun skit atau tenung skit korang da cakap “fikir pasal pe 2?”..for sure la orang 2 jawab “xde pape”. kalau korang rasa antara korang xde pape masalah, rasanya tidak perlu tanya benda remeh cam2..

Cara mengatasi :-
erm…bnde ni rasanya tidak semua yang suka..mungkin sebab mmg tade pape pn diorg fikirkan..saja myb hobi diorang suka termenung..siapa tahu kan..
ataupun, mungkin memang btul diorang de fikirkan something tapi bila korang tanya cam2, nampak sangat korang ni busy body..kalau de orang suke share, xkesah la..kalau orang yang xsuka share camne lak? xpasal2 korang kena pandang slack..wakaka..

5. “Saya tidak boleh”
sebenarnya tidak ada yang tidak boleh dalam dunia ni selagi kita mampu berusaha..jangan cepat mengalah..jangan kata “tidak” selagi kita xusaha. contoh la korang cakap “ala, aku xboleh la nak wat assignmnet ni. aku bukan pandai pun”..hello, kalau korang xpandai xkan la korang leh masuk universiti kan..bukannya korang xboleh..korang malas sebenarnya..that’s it..

Cara mengatasi :-
baik…mase korang cakap xboleh sebenarnye telah mengurangkan kemampuan korang yang sememangnya agak superb la..korang je xperasan kemampuan korang 2 sebab da banyak sangat sebut ‘xboleh’..so, pasni cuba cakap benda yang leh naikkan semangat skit “insyaAllah saya cuba wat yang terbaik”..ha,cam2 la..dengan kata-kata cam2 akan wat korang ag semangat nak teruskan perjuangan..huhu

sekian,setakat ni je yang boleh dikongsi..banyak ag kata-kata negatif yang tanpa kita sedar telah men’down’kan kita..pasni saya sambung ag ye..

p/s: sumber buku psikologi..hee.. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: